About

MOON MEDIA (001817022-w) merupakan suatu syarikat yang ditubuhkan khusus untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan konspirasi Yahudi. Penyebaran yang dibuat adalah melalui artikel-artikel kajian di dalam blog kami dan juga bahan-bahan penerbitan lain.

MOON MEDIA akan cuba membawa kelainan dalam perbincangan hal ehwal konspirasi melalui kajian-kajian lapangan yang dibuat secara berperingkat. Kajian-kajian ini akan lebih menjurus kepada perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh kebanyakan Conspiracy Theorists dari barat.

Pada peringkat awal penyebaran maklumat, MOON MEDIA telah menjalankan suatu blog projek yang menggunakan domain dajjal.wordpress.com. Blog ini diwujudkan bagi mengukur kecenderungan capaian maklumat konspirasi dikalangan masyarakat Malaysia.

Indikator terakhir menunjukkan blog ujian (dajjal.wordpress.com) sudah melebihi sasaran yang ditetapkan. Blog ujian yang dimulakan pada 31 Julai 2007 bersempena Hari Pahlawan Malaysia menunjukkan capaian hits tertinggi ialah 6,278 sehari pada 30 Januari 2009.

Jumlah hits ini melepasi sasaran indikator kami yang menetapkan 5000 hits sehari dalam sesuatu masa.

Dua tahun tempoh ujian menunjukkan, masyarakat amat dahagakan suatu maklumat konspirasi yang baru yakni bukannya maklumat-maklumat yang hanya diadaptasi dari artikel luar. Kajian-kajian imperikal yang disusun sendiri melalui penyelidik konspirasi MOON MEDIA dan beberapa orang lain yang membantu dari belakang membuktikan masyarakat Islam memerlukan suatu analisis yang berteraskan dalil Al-Quran, hadith, sirah dan ijmak ulama.

Melalui MOON MEDIA, kami akan berusaha menjadikan maklumat-maklumat konspirasi ini sebagai wadah ilmu dakwah yang kontemporari dan alternatif dakwah baru kepada para remaja dan masyarakat muslim amnya.

Walaupun sedar sukar untuk mengajak masyarakat berbincang soal-soal akhir zaman khususnya berkaitan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa dan Yakjuj Makjuj, kami berusaha untuk memecahkan kotak pemikiran lama (iceberg) para ahli akademik dan ahli agama di Malaysia melalui kajian-kajian dalam artikel blog ini.

Blog ibnuyaacob.com

Alamat blog baru digunakan sempena nama Penyelidik pertama dari MOON MEDIA kerana kami merasakan nama beliau boleh meningkatkan jumlah hits pengunjung dari masa ke semasa. Entiti ibnuyaacob sebagai penulis artikel konspirasi sudah pun tersebar di hampir 160 blog, laman web dan juga beberapa akhbar online. Jadi penggunaan namanya dikira tepat dengan objektif blog di bawah MOON MEDIA.

Nama ‘Ibnuyaacob’

Ibnuyaacob adalah nama samaran yang digunakan oleh salah seorang penulis kami. Selepas beralih kepada blog domain berbayar, MOON MEDIA sudah mempunyai lebih dari seorang penulis / penyelidik manakala penulisan dan kajian digabungkan menggunakan satu nama sahaja iaitu ‘Ibnuyaacob’.

Walaupun hanya berhubung melalui emel dan telefon sahaja dengan penulis-penulis, sehingga kini MOON MEDIA berjaya mengeluarkan lebih 100 artikel melalui blog ibnuyaacob.com.

InsyaAllah…MOON MEDIA akan cuba meningkatkan lagi bilangan artikel di masa-masa akan datang.